Thursday 8 May 2014



PEMILIHAN BAHAN BACAAN


Pemilihan bacaan yang sesuai amat penting untuk menarik minat seseorang membaca. Penulisan ini menyenaraikan beberapa tips dalam memilih bahan bacaan. Antaranya ialah:


1. Sesuai Berdasarkan Peringkat Umur
  • Pemilihan bahan bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur pembaca. 
  • Pemilihan bahan bacaan yang sesuai penting kerana setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. 

2. Keadaan Fizikal Bahan Bacaan
  • Fizikal yang dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar. 
  • Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen, saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. 
  • Bagi kanak-kanak keadaan bahan bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca. 

3. Isi Kandungan
  • Bahan bacaan yang baik ialah mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. 
  • Pelajar harus mengenal jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen. 
  • Selain itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca. 
  • Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang kritis para pembaca 

4. Penggunaan Bahasa yang Sesuai
  • Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. 
  • Contohnya dalam penggunaan kosa kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran pembaca. 

5. Bacaan Imbas
  • Bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. 
  • Biasanya sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. 
  • Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca. 
  • Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam buku tersebut. 
  • Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul-judul bab juga dilakukan. 
  • Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya.

No comments: