Thursday 15 May 2014



Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara, 
Di bawah sarang burung tempua, 
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua.


Blog ini merupakan suatu kerjasama antara kami (AFzal-IQbal-ZAkaria) untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai ilmu membaca. Kewujudan blog ini hasil daripada pengalaman kami mengikuti Kursus BMK3033 Keterampilan Membaca hasil tunjuk ajar daripada pensyarah kami yang tercinta iaitu Dr. Makmur bin Haji Harun. Kami amat menghargai tunjuk ajar serta segala perkongsian ilmu yang sangat bernilai oleh beliau. 

Oleh itu, kami mengalu-alukan kesudian saudara dan saudari sekalian untuk melawati dan menjadikan blog ini sebagai wadah perbincangan dan perkongsian ilmu. Besarlah harapan kami agar blog ini dapat dijadikan rujukan untuk anda semua. Sekian, terima kasih.

" Menuntut Ilmu adalah Takwa
Menyampaikan Ilmu adalah Ibadah
Mengulang Ilmu adalah Zikir
Mencari Ilmu adalah Jihad.."



2 comments:

Af-Iq-Za said...

Silalah sertai blog kami untuk berkenalan sambil sama-sama berkongsi ilmu dan pendapat..

Af-Iq-Za said...
This comment has been removed by the author.